TENTANG KAMI

Aizat Jaya Enterprise ialah sebuah Perusahaan Kecil dan Sederhana yang beroperasi dari rumah secara “home-made” di Taman Jasa, Sungai Tua, Selangor. 

Syarikat ini dijalankan secara perusahaan keluarga yang dipimpin oleh En. Wan Yusoff bin Wan Ahmed bersama isteri beliau di rumah mereka di nombor 218, Jalan Jasa 20, Taman Jasa, 68100 Batu Caves, Selangor. Ia telah dimulakan pada pertengahan tahun 2008 dan telah berjaya dikembangkan Dari semasa ke semasa sehingga ke hari ini.
 
Produk utama Aizat Jaya Enterprise (AJE) ialah roti ‘bun’ untuk dijual sendiri oleh En. Wan Yusoff di pasar malam dan pasar tani terpilih. Kini produk Aizat Jaya Enterprise telah berkemabang ke beberapa kedai terutama di kawasan R & R di sekitar Lembah Klang. Selain menjual sendiri di pasar-pasar malam dan pesar tani terpilih, AJE juga menjual melalui agen-agen tertentu dan mengambil tempahan dari semasa ke semasa. 
 
Selain daripada roti AJE juga mengeluarkan biskut raya dan kek harijadi/perkahwinan mengikut tempahan.
Terdapat 32 jenis roti yang dikeluarkan setiap hari oleh AJE. Roti-roti ini mempunyai berbagai jenis inti dan perasa untuk memenuhi keperluan berbagai pihak dalam sesuatu keluarga.
 
Pengeluaran roti dijalankan di rumah di no. 218, Jalan Jasa 20, Taman Jasa. Puan Rokiah binti Samsudin bertindak selaku pengurus pengeluaran dengan dibantu oleh lima orang pekerja sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment